Dagangan Bayangan dengan Myfxbook AutoTrade

Ia bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi pedagang pro Forex. Tetapi anda tidak perlu membuat kesilapan rookie dan mengalami kerugian yang memeritkan demi untuk belajar. Ketahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran daripada para pedagang yang telah beroleh keuntungan terbanyak di dunia! Gunakan strategi Forex yang terbaik dan terbukti untuk membuat keuntungan.

6 sebab memilih Myfxbook AutoTrade

 

  • Ia menguntungkan: myfxbook menawarkan pilihan strategi yang mempunyai prestasi terbaik. Kami hanya membayar kepada pembekal strategi untuk menghasilkan perdagangan yang menguntungkan;
  • Ia terbukti: only pembekal berpengalaman dengan akaun dagangan langsung dan mempunyai prestasi menguntungkan selama 3 bulan atau lebih yang telah mendeposit lebih daripada $1000 diterima.
  • Ia boleh dipercayai dan tepat: Carta terperinci memberikan anda gambaran keseluruhan sejarah prestasi pembekal untuk membantu anda menilai potensi mereka;
  • Ia adalah bervisual: myfxbook menawarkan akaun demo dan simulator strategi. Anda boleh melihat bagaimana strategi anda dilaksanakan sebelum anda melabur wang sebenar!
  • Anda boleh mengawal segalanya— anda bebas untuk berhenti atau keluar daripada menggunakan strategi yang gagal pada bila-bila masa. Anda juga boleh mengehadkan bilangan lot, perdagangan atau pasangan mata wang untuk mana-mana strategi melalui profil peribadi myfxbook anda atau menetapkan tahap imbangan atau pengeluaran, di mana titik strategi berisiko atau gagal akan digantung secara automatik untuk akaun anda.

 

Buka Sebuah Akaun

 

Perdagangan Bayangan. Bagaimanakah caranya?

myfxbook mempunyai sejarah yang panjang dan reputasi yang kukuh untuk analisis, isyarat, strategi, pertandingan pedagang dan carta prestasi akaun yang bebas dan boleh dipercayai. Ini juga sama untuk myfxbook AutoTrade.

myfxbook AutoTrade membolehkan anda menghasilkan semula strategi daripada pedagang yang paling berjaya dan berpengalaman di dalam akaun anda. Myfxbook mempunyai terminal MT4 dipasang pada pelayannya, yang boleh bertukar-tukar isyarat melalui penasihat pakar. Setiap kali perdagangan dibuka dalam akaun pembekal, terminal tersebut menghantar isyarat ke akaun pengikut untuk membuka perdagangan yang sama. Myfxbook Autotrade direka untuk memastikannya bebas daripada kesilapan dan replikasi perdagangan yang lancar.