Alatan Untuk Pedagang

Kecepatan, ketepatan, ketelusan dan pemahaman yang mendalam tentang sifat pasaran Forex – adalah kunci kepada kejayaan perdagangan dan pengurusan risiko yang berkesan.

Pengiraan tepat nilai pip, margin, SWAPs dan komisen ECN akan membantu anda merancang perniagaan anda, menganggarkan keuntungan dan potensi risiko dan mengoptimumkan saiz lot anda. Memberi tumpuan kepada analisis pasaran dan perdagangan dan tidak membuang masa anda dengan pengiraan rutin.   

  • Dagangan Satu Klik dan Plugin Level2

    Kepantasan meletakkan suatu pesanan boleh menjadi penting, terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu. Dagangan Satu Klik dan Plugin Level2 kami membolehkan anda membuat pesanan dengan harga yang terbaik yang sedia ada dengan satu klik tetikus. Dan dengan 5 tahap kedalaman pasaran nda akan sentiasa tahu jumlah kecairan yang tersedia untuk mana-mana pasangan mata wang.

    Apa lagi yang boleh anda lakukan dengan Dagangan Satu Klik dan Plugin Level2:

     

    • meletakkan atau menutup pasaran atau pesanan yang belum selesai;
    • menetapkan saiz pesanan;
    • meletakkan Henti Rugi atau Ambil Untung;
    • melihat data kedalaman pasaran Aras 2;
    • melihat harga purata jumlah berwajaran (volume-weighted average price - VWAP)
    Ketahui lebih lanjut...

     

    Muat turun  
  • Kalkulator Margin dan Nilai Pip

    Alat yang mudah untuk digunakan ini akan membantu anda mengira margin dan nilai pip sebelum membuka sesuatu perdagangan. Ia juga akan membantu anda membuat keputusan tentang leveraj yang sesuai untuk anda. Mengetahui margin yang tepat, nilai pip dan leveraj yang optimum adalah kunci untuk meningkatkan strategi dagangan anda dan meminimumkan risiko kerugian dan berhenti.
    Kalkulator ini menggunakan sebut harga masa nyata dan ekuiti akaun anda serta leveraj dalam semua pengiraan. Jika parameter ini berubah, anda boleh mengira semula margin hanya dalam beberapa saat tanpa risiko melakukan kesilapan, berbanding menggunakan pengiraan manual.  Ketahui lebih lanjut...

    Pergi ke kalkulator  
  • Kadar Pertukaran Mata Wang

    FXOpen menawarkan akaun pelbagai mata wang. Sejarah Kadar Mata Wang dan Penukaran kami akan membantu anda mendapatkan kadar penukaran sebenar apabila memindahkan wang antara akaun-akaun FXOpen dengan mata wang asas yang berbeza. Anda juga boleh melihat kadar sejarah untuk mana-mana tarikh pilihan anda. Sejarah Kadar Mata Wang

    Pergi ke kalkulator  
  • Kalkulator Komisen

    Satu alat yang mudah untuk mengira komisen ECN dengan segera dan tepat. Kira komisen ECN sebenar setengah pusingan atau sepenuh pusingan untuk mana-mana pasangan mata wang atau logam dan apa-apa saiz lot. Klik pada pasangan mata wang dalam senarai untuk melihat formula terperinci. Ketahui lebih lanjut...

    Pergi ke kalkulator