FXOpen melancarkan Program Rebat Tunai

FXOpen dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Program Rebat Tunai. Ia membolehkan para pedagang menerima bayaran balik tambahan untuk apa-apa jenis perdagangan termasuk yang kerugian. Mudah untuk mendapatkan rebat tunai: ia ditambah secara automatik kepada akaun komisen anda tanpa sebarang tindakan. Jumlah rebat tunai ditentukan mengikut jumlah margin yang digunakan pada semua akaun dagangan pelanggan.

Anda boleh mendapat manfaat daripada Program Rebat Tunai pada 90 hari pertama dari masa pendaftaran di FXOpen. Pulangan minimum rebat ialah $ 5, maksimum ialah $ 1,000. Pulangan maksimum setiap dagangan ialah $ 100.

Bagaimana untuk mengira Rebat Tunai?

Komisen Standard (Peratusan komisen FXOpen) sama dengan 2.4 pips (harga 5-perpuluhan) setiap perdagangan dalam akaun STP dan 15% daripada komisen untuk akaun ECN dan Crypto.

Jadual di bawah menunjukkan pekali untuk pengiraan rebat. Lajur kanan jadual menggambarkan pengiraan rebat Komisen Standard sebanyak $ 15.


Contoh pengiraan Rebat boleh didapati disini.

Kelebihan Program Rebat Tunai FXOpen

  • Jumlah rebat tunai boleh mencecah sehingga 150% daripada komisen Standard bagi setiap perdagangan. Ini adalah salah satu rebat paling tinggi di kalangan broker Forex.
  • Rebat sepenuhnya automatik. Dana tersebut dikreditkan ke akaun Komisen pelanggan. Mereka boleh mengeluarkan atau digunakan untuk dagangan selepas dikreditkan.

Ikuti perbincangan di Facebook, Twitter dan Google+.

Salam Hormat
Khidmat Pelanggan FXOpen
E-mel: [email protected]
Chat Live (24/5)


Back...